Astro
What's new
Campaign Period
2 April 2026 - 30 June 2026
Serlahkan Bakat Badminton Anda dan Rebut Peluang Berlatih di Thailand!
AKB 2026 kembali lagi dengan penganjuran di empat lokasi seluruh Malaysia serta peluang bagi pemain berbakat untuk menyertai kem latihan serantau kami di Thailand! Kami bukan sahaja mencari pemain yang mahir di gelanggang, tetapi juga individu yang mempamerkan nilai-nilai penting di luar gelanggang seperti beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan.
AKB 2026 akan terus mengenal pasti dan mencungkil bakat di seluruh Malaysia, dengan lokasi di Pulau Pinang, Johor, Sarawak, dan Lembah Klang. Pemain-pemain berumur 10 hingga 12 tahun berpeluang untuk berkembang menjadi atlet yang lebih menyeluruh, sama ada di dalam atau di luar gelanggang merangkumi dari aspek kemahiran sukan dan aspek sahsiah diri.
Pemain terbaik dari keempat-empat lokasi ini akan dipilih untuk menyertai Kem Pemilihan KL, di mana mereka akan mengikuti kem berasrama selama lima hari. Kem ini menawarkan pengalaman untuk merasai latihan intensif bertaraf profesional dan memahami erti sebenar menjadi seorang atlet yang seimbang, lengkap dengan nilai dan kemahiran yang melangkaui dunia sukan.
Lebih menarik lagi, AKB tahun ini meneruskan tradisi tahun lalu: peserta terbaik dari Kem Pemilihan KL akan dipilih untuk menyertai Kem Latihan Serantau kami di Thailand! Anda akan merasai pengalaman berlatih bersama pemain dan jurulatih belia terbaik di Thailand dalam kem berasrama selama seminggu.
Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang!
Cara untuk menyertai AKB 2026:
1. Butiran Program:
- 25 – 26 April – Relau Sport Complex, Penang
- 2 – 3 May – Daiman Johor Jaya Sports Centre, Johor Bahru, Johor
- 9 – 10 May –Tung Sports, Miri, Sarawak
- 15 – 17 May – Arena Sukan Kuala Lumpur
2. Daftar Secara PERCUMA:

AKB 2026
Nikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil belajar dan bermain, serta berpeluang dipilih untuk menyertai Jelajah Serantau kami! Untuk maklumat lanjut mengenai AKB 2026, layari media sosial rasmi kami di:
Instagram: astrokasih
#astrokembadminton

- 2 – 3 May – Daiman Johor Jaya
- 9 – 10 May –Tung Sports, Miri, Sarawak
- 15 – 17 May – Arena Sukan Kuala Lumpur
2. Daftar Secara PERCUMA:
- Daftar di sini: www.astro.com.my/astrokembadminton