Skip to main content
asr-1306005-mutiara-dalam-debuan-kabus_kv_ver1_1920x1080_hori.jpg

Campaign Period

11 September 2025 - 31 December 2035

Mutiara Dalam Debuan Kabus

Astro mempersembahkan Mutiara Dalam Debuan Kabus, sebuah drama adaptasi novel yang menggabungkan elemen romantik dan misteri dalam satu kisah yang penuh emosi dan kejutan. Diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd dan diadaptasi daripada novel karya penulis terkenal yang juga menghasilkan Dedaun Hijau Di Angin Lalu, drama ini menjanjikan jalan cerita yang mendalam, lakonan yang berkesan dan produksi yang berkualiti tinggi.



Sinopsis:
Seorang wanita yang cantik ditemui dalam keadaan parah selepas dilanggar lari. Apabila dia sedar daripada koman, dia langsung tidak mengingat apa-apa termasulah nama, keluarga atau kehidupannya. Dia dikenali sebagai Aslin, isteri kepada Uzzam Zulkarnain dan ibu kepada seorang anak kecil. Namun, hubungan mereka dingin dan penuh konflik. Dia dituduh curang, dianggap ibu yang tidak bertanggungjawab dan perkahwinan mereka penuh dugaan.

Dalam usaha untuk memperbaiki kehidupannya, Aslin cuba menjadi isteri dan ibu yang lebih baik dan usahanya membuahkan hasil. Tetapi segalanya berubah apabila dia mengetahui bahawa dia sebenarnya bukan Aslin, tetapi Airina.

Cast Line-Up:
  • Zahiril Adzim sebagai Uzzam Zulkarnain
  • Emma Maembong sebagai Aslin/Airina
  • Jasmin Hamid sebagai Rahayu Rahim
  • Afzan A.Rahman sebagai Redzuan Hassan
  • Watie Elite sebagai Massirah
  • Manan Sulaiman sebagai Zulkarnain Ibrahim
  • Natasya Mahyan sebagai Nora Asyikin
  • Safura Yaacob sebagai Ubaidah

Saksikan drama penuh emosi dan rahsia ini. Mutiara Dalam Debuan Kabus akan mula ditayangkan pada 6 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

   


Not an Astro subscriber yet?

Sign up for Astro One now from as low as RM49.99/month. Terms & conditions apply.