Skip to main content
mualid-muda-kv-contestant.jpg

Campaign Period

17 December 2025 - 31 December 2035

Mualim Muda

Astro Oasis kini memperkenalkan Mualim Muda, sebuah rancangan baharu di mana seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat. Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. Penilaian ini bukan sahaja menguji ilmu, tetapi juga kesediaan peserta untuk menjadi contoh teladan dan meninggalkan kesan positif kepada masyarakat. 



Siaran ini juga bakal menampilkan pendakwah bebas seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga selebriti Neelofa sebagai juri program turut. Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. Gandingan selebriti ‘Pencetus Ummah’ Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid Fakhrul UNIC pula bakal mengemudi pentas sebagai hos program. 

Mualim Muda’ bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.