Astro
Kemas Kini
Campaign Period
5 November 2025 - 31 December 2035
Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup mulai 14 Nov
Astro mempersembahkan Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, kisah legenda penuh magis di bawah francais Hikayat yang meraikan warisan rakyat Malaysia yang kaya dengan kisah dongeng tradisional dan menghidupkan semula cerita-cerita ini dalam nafas baharu. Siri ini menampilkan kisah seorang ibu yang berkorban demi anak-anaknya, diadaptasi semula dengan sentuhan elemen visual moden dan nilai tauladan untuk seisi keluarga.
Mak Tanjung hidup dalam kesusahan selepas suaminya, Pak Kantan, terkorban kerana lemas semasa memancing. Demi menyara dua anaknya, Melur dan Pekan, Mak Tanjung nekad mencari berlian di kawasan misteri Batu Belah Batu Bertangkup, namun batu berpuaka itu menelannya. Kini, Melur dan Pekan terpaksa meninggalkan kampung dan mengembara bagi menentang kuasa jahat untuk menyelamatkan ibu mereka daripada takdir yang tidak terduga.
Barisan pelakon:
Diana Danielle sebagai Mak Tanjung
Alif Satar sebagai Pak Kantan
Arabella Ellen sebagai Melur
Fimie Don sebagai Pekan
Bell Ngasri sebagai TokTok
Elly Mazlein sebagai Nenek Kebayan
Niezam Zaidi sebagai Raja
Ezzanie Jasny sebagai Puteri
Qisya Hairulzain sebagai Melur (semasa kecil)
Mikael Noah sebagai Pekan (semasa kecil)
Maklumat Siaran
Tarikh Siaran: Mulai 14 November 2025
Hari & Masa: Setiap Jumaat, 9 Malam
Saluran: Astro Ceria (Saluran 611) & Astro Prima (Saluran 105) ATAU Strim On-Demand di Astro Go