Skip to main content
asr-1306066-ttmm_kv_16x9_2.jpg

Campaign Period

11 April 2026 - 3 April 2036

Talk To My Manager Musim Ke-2

Talk To My Manager (TTMM) kembali dengan musim kedua yang menampilkan lebih ramai selebriti dan cabaran menarik. Datuk Aznil Hj Nawawi kembali sebagai pengacara bersama juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal yang memeriahkan program.
 
Selepas kejayaan musim pertama, program hiburan keluarga iaitu Talk To My Manager (TTMM) kembali buat musim kedua. Meneruskan momentum musim pertama yang berjaya menawan hati penonton menerusi gabungan cabaran kompetitif dan persembahan yang memukau, musim 2 tampil dengan penyertaan lebih ramai selebriti.
 
Antara barisan manager-artist yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley.
 
Malam TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.
 
Musim 2 turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.
 
Talk To My Manager Musim 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
 

Barisan peserta:
Adira & Anggrek
Ani Maiyuni & Viviana
Dato’ A. Aida & Azeva
Dato’ Fazley & Fariedz Fazley
Dato’ Sri Vida & Cik B
Jamilulhayat & Hussain
Linda Jasmine & Ratu
Nana Mahazan & Althea
Pak Azad & Ammara
Safura & Kim Khairii
 
Strim di mana?

Talk To My Manager Musim Ke-2 akan bersiaran pada setiap hari Ahad, secara LANGSUNG bermula  19 April 2026, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.