Skip to main content

Nyahaktifkan "Band Steering" - Huawei K562e

Huawei K562e

Menyahaktifkann "band steering" bermaksud terdapat dua jalur frekuensi yang tersedia untuk pengguna - 2.4GHz dan 5GHz.

Nota: "Band Steering" adalah Gabungan Dwijalur (Dual-band Combination) dalam antara sempadan web router.

  1. Sila sambungkan komputer atau komputer riba anda kepada router Astro Fibre menggunakan kabel LAN. Kabel LAN anda mesti disambungkan daripada port kuning router Astro Fibre (Mana-mana port yang tersedia).
  2. Sebaik sahaja disambungkan, buka mana-mana pelayar sesawang seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya.
  3. Pada bar alamat, taipkan http://192.168.100.254 dan halaman di bawah akan terpapar.


Log masuk dengan nama pengguna (username) dan Kata laluan (password) anda jika anda telah menukar tetapan log masuk router. Jika anda belum menukarnya, log masuk router anda adalah seperti di bawah.

Nama pengguna (username) : user
Kata laluan (password) : user


4. Selepas anda berjaya log masuk, halaman tetapan router berasaskan web akan muncul.



5. Pada bahagian atas halaman, klik Wi-Fi untuk konfigurasi parameter Wi-Fi.



6. Klik butang Gabungan Dwijalur (Dual-band Combination) untuk menyahaktifkan “Band Steering”.



7. Tetapkan nama Wi-Fi (Wi-Fi Name) dan Kata laluan Wi-Fi (Wi-Fi Password) bagi kedua-dua jalur 2.4GHz dan 5GHz berasaskan kepada pilihan anda. Kemudian klik "Mohon" (Apply) untuk perubahan berlaku.



8. Sila pastikan anda menyambung semula Wi-Fi anda mengikut nama Wi-Fi (Wi-Fi Name) dan Kata laluan (password) Wi-Fi anda yang baharu.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: