Bagaimana cara untuk menambah akaun Netflix baharu atau sedia ada kepada Bil Astro saya?
Anda boleh menambah akaun Netflix baharu kepada bil anda melalui CH 741 atau klik butang Netflix pada alat kawalan jauh. Sila masukkan alamat e-mel yang anda ingin gunakan bagi langganan Netflix dan pastikan Billing Partner ialah Astro.
Sekiranya anda ingin memindahkan Akaun Netflix sedia ada anda untuk dicaj di bawah bil Astro, sila ikuti langkah berikut:
- Batalkan langganan sedia ada anda dengan Netflix
- Apabila baki tempoh langganan sedia ada anda telah tamat, anda boleh teruskan dengan melanggan untuk Netflix melalui bil Astro
- Untuk melanggan, pergi ke CH 741 dan masukkan alamat e-mel yang digunakan untuk langganan Netflix sebelum ini
- Apabila berjaya diselesaikan, semua tetapan sedia ada dan sejarah tontonan akaun Netflix anda akan dipindahkan