Bagaimanacara untuk memulangkan peranti Astro & Broadband saya selepas penghentian perkhidmatan?
Sila ambil perhatian bahawa bukan semua peranti Astro &Broadband perlu dipulangkan. Selepas penghentian perkhidmatan Astro & Broadband anda, kami akan menghubungi anda melalui nombor telefon bimbit berdaftar anda dalam masa 3 hari untuk menjadualkan janji temu pengambilan oleh ejen Astro kami jika peranti anda perlu dikembalikan.
Jika anda tidak dihubungi dalam masa 3 hari berkerja untuk mengembalikan peranti anda, anda dikehendaki membuang semua peranti tersebut di Pusat Pengumpulan E-Waste yang berdaftar yang boleh dirujuk di sini.
Soalan Lazim
1) Saya terlepas temujanji pengambilan;apakah yang perlu saya buat sekarang?
Anda boleh menjadualkan semula temujanjipengambilan dengan menghubungi ejen kami
2) Bolehkah saya menjadualkan semula tarikhtemujanji pengambilan saya?
Ya! Anda boleh menghubungi ejen kami secaralangsung untuk menjadualkan semula tarikh dan masa temujanji pengambilan anda.
3) Adakah saya perlu memulangkan bungkusanasal peranti saya kepada ejen Astro?
Sila masukkan peranti anda dalam kotak asalmereka jika boleh. Jika pilihan ini tidak tersedia, serahkan sahaja perantianda kepada ejen Astro tanpa sebarang pembungkusan. Anda tidak akan dikenakansebarang caj jika pembungkusan asal telah rosak/hilang.
4) Adakah saya perlu mencetak apa-apa ataumengisi sebarang borang sebelum ejen Astro datang ke rumah saya?
Tidak, anda tidak perlu menyediakansebarang dokumen sebelum temu jaji pengambilan anda.
5) Saya mempunyai router dan modem Astro& Broadband untuk dikembalikan, namun kabel yang disertakan telahrosak/hilang. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran penalti?
Tidak, sila pulangkan router, modem danunit bekalan kuasa (PSU) masing-masing. Tiada bayaran penalti akan dikenakanjika kabel telah rosak atau hilang.
Kitar Semula melalui Pusat Pengumpulan E-Waste
Untuk semua soalan berkaitan kitarsemula, sila klik di sini.