Bagaimana cara untuk menetapkan rangkaian Mesh WiFi?
Untuk tetapan rangkaian Mesh Wi-Fi di sekitar rumah anda, unit Mesh perlu dipandankan dengan router WiFi. Langkah-langkah untuk padankan kedua-dua peranti ini adalah seperti berikut:
i. Letakkan unit Mesh berdekatan dengan router WiFi (dalam jarak 2 meter) dan hidupkannya.
ii. Selepas unit Mesh dihidupkan, tekan dan tahan butang WPS unit Mesh dan router WiFi selama 3 - 5 saat secara bergilir-gilir dalam masa 2 minit.
iii. Selepas penunjuk WLAN dan Internet Mesh bertukar menjadi biru dan stabil, Mesh telah disambungkan ke Internet.
iv. Alihkan Mesh ke tempat yang dikehendaki di mana anda perlu menguatkan isyarat WiFi dan hidupkannya. Selepas penunjuk Internet bertukar warna biru dan stabil, isyarat WiFi telah berjaya dikuatkan.