Gangguan Internet Terputus atau kerap terputus - Maxis
Sambungan Internet terputus-putus menggunakan kabel LAN.
Terdapat masalah dengan sambungan perkhidmatan anda.
Sila jalankan Ujian Ping, Ujian Traceroute dan lampirkan gambar atau tangkapan skrin untuk kedua-dua keputusan ujian ini dalam Borang Maklum Balas di bawah bagi bantuan lanjut.
Sila pastikan untuk melampirkan tangkapan skrin yang diperlukan dalam SATU fail (misalnya dokumen Microsoft Word, PDF, fail Imej) sebelum menghantar borang.
Sambungan Internet terputus-putus menggunakan WiFi
1. Kedudukan Router
Ramai orang memandang rendah akan kepentingan pemilihan tempat yang sesuai untuk router WiFi. Walaupun dengan ajakan kecil dalam kedudukan boleh menyebabkan perbezaan yang sangat ketara.
i) Tinggi lwn. Rendah
Letakkan router setinggi yang boleh untuk memanjangkan jarak penyiaran gelombang radio. Ini juga membantu mengelakkan router daripada gangguan.
ii) Konkrit & Logam
Pastikan router anda tidak dihalang oleh sebarang objek lain, terutamanya peranti elektronik. Juga, elak dari meletakkan router anda di tingkat bawah tanah kerana kawasan ini selalunya ditutupi banyak konkrit, yang hampir tidak boleh ditembusi oleh isyarat WiFi.
iii) Jarak ke Router
Semakin jauh jarak router anda, semakin lemah isyarat WiFi. Oleh itu, pilihan terbaik ialah meletakkan router anda paling dekat dengan peranti anda, tapi ini hanya praktikal jika anda mempunyai satu kawasan utama tempat anda biasanya menggunakan peranti anda.
Jika tidak, anda boleh meletakkan router anda berdekatan bahagian tengah rumah anda. WiFi dapat memancarkan isyarat dalam 360 darjah, jadi untuk meletakkannya di bucu rumah tidak munasabah.
2. Gangguan WiFi
Anda mungkin tidak menyedari bahawa di mana sahaja anda pergi akan terdapat isyarat tanpa wayardan ia melalui anda pada setiap masa. Dari mana? Peranti elektronik, router WiFi, satelit, menara sel dan banyak lagi.
Walaupun WiFi sepatutnya berada pada frekuensi berbeza daripada kebanyakan peranti, jumlah hingar radio ini masih boleh menyebabkan gangguan. Antara beberapa sebab gangguan yang biasa termasuk:
i) Gelombang Mikro
ii) Peranti Bluetooth
iii) Telefon Tanpa Wayar
3. Isyarat WiFi sekeliling
Hakikat dunia moden, setiap isi rumah mempunyai rangkaian WiFi tersendiri, yang boleh menyebabkan masalah dengan pertindihan saluran. Ini boleh menyebabkan masalah di sebuah rumah bandar, terutama sekali di kompleks perumahan dan pangsapuri di mana terdapat banyak router yang berdekatan.
Oleh itu, penting untuk memilih saluran yang baik dalam tetapan router anda. Router moden boleh memilih saluran untuk anda secara automatik, tetapi adakala lebih baik jika anda boleh meneliti sendiri untuk mencari saluran terbaik.
4. Penggunaan
Ada berkemungkinan terdapat orang yang menggunakan rangkaian anda contohnya rakan-rakan, rakan sebilik atau ahli keluarga menggunkan untuk aktiviti jalur lebar berat seperti bermain permainan dan penstriman Ultra Box/Netflix.
Jika ini terjadi, anda boleh mengutamakan trafik rangkaian anda sendiri dengan mengaktifkan Mutu Perkhidmatan dalam tetapan router anda.
Jika masalah ini berterusan, sila jalankan Ujian Ping, Ujian Traceroute dan lampirkan gambar atau tangkapan skrin kedua-dua keputusan ujian dalam Borang Maklum Balas di bawah untuk bantuan lanjut.
Sila pastikan untuk melampirkan tangkapan skrin yang diperlukan dalam SATU fail (contohnya dokumen Microsoft Word, PDF, fail Imej) sebelum menghantar borang.
Maklumat Pantas
Ujian Ping menunjukkan tempoh yang diperlukan untuk paket sampai kepada hos.
Ujian Traceroute mengesan laluan paket ke hos destinasi daripada pelayan kami.