Tiada Sambungan Rangkaian (NCNA) - Ultra Box / Ulti Box
LANGKAH 1
Pada alat kawalan jauh anda, tekan butang "HOME" dan menu laman utama akan dipaparkan di bahagian atas skrin anda.
LANGKAH 2
Pergi ke Settings dan tekan "OK".
LANGKAH 3
Pergi ke STB Diagnostic dan tekan "OK".
LANGKAH 4
Navigasi ke Network Diagnostic dan tekan "OK".
LANGKAH 5
Sila pastikan status pada Tunes service multicast ialah Multicast Up.
Jika status Multicast ialah Tidak Tersedia, sila reboot semula dekoder dan router sebelum mengesahkan status ini.
Jika masalah berterusan, sila laporkan isu ini melalui Borang Maklum Balas dengan butiran ralat dan lampirkan gambar Network Diagnostic anda.