Tidak boleh melayari atau mengakses sesetengah laman sesawang - Allo
Jika anda cuba untuk melawati laman web tetapi ia tidak berjaya dibuka berbanding laman web lain, mungkin terdapat pelbagai sebab. Jika laman itu sendiri tidak berfungsi, anda tidak boleh buat apa-apa selain menunggu.
Jika anda boleh memuatkan laman pada komputer atau peranti lain (pastikan anda cuba cara sambungan yang berbeza ke Internet), mungkin terdapat masalah dengan komputer atau rangkaian anda.
Terdapat beberapa cara pembaikan yang pantas. Ianya akan membantu menyelesaikan kebanyakan masalah tetapi memerlukan penglibatan anda.
- Cuba buka laman web pada peranti yang berbeza.
- Cuba buka laman web pada telefon anda atau pada komputer lain. Jika laman web berjaya dibuka pada peranti lain, masalah adalah berpunca dari komputer anda.
- Jika laman web tidak berjaya dibuka pada peranti lain, masalahnya sama ada dengan rangkaian atau laman web itu sendiri.
- Matikan dan hidupkan semula komputer anda.
- Sering kali, dengan mematikan dan menghidupkan semula dapat membaiki masalah yang anda alami. But semula komputer anda dan buka laman web sekali lagi.
- Cuba buka laman web dalam pelayar yang berbeza.
- Terdapat beberapa tetapan yang tidak dikonfigurasikan dengan betul pada pelayar anda. Cuba pelayar web yang berbeza untuk melihat jika anda boleh membuka laman web tersebut.
- Tutup (disabled) program antivirus anda buat sementara waktu.
- Perisian antivirus anda mungkin mengganggu keupayaan anda untuk membuka laman web tertentu.
- Cuba menutup (disabling) perisian dan kemudian membuka semula laman web. Pastikan anda menghidupkannya sekali lagi sebaik sahaja anda telah mengenal pasti masalah.
- Set semula modem dan router anda.
- Trafik pada tapak web tertentu mungkin menyebabkan seseorang melakukan kesilapan dengan modem atau router anda. Penetapan semula peranti ini boleh membenarkan anda mencapai laman web sekali lagi.
- Periksa tetapan tarikh dan masa komputer anda.
- Jika tarikh atau masa anda tidak ditetapkan dengan betul, anda mungkin tidak dapat bersambung ke laman web yang selamat (https://).
- Periksa jam komputer atau peranti mudah alih anda untuk memastikan bahawa ia ditetapkan kepada masa dan tarikh yang betul.
- Sekiranya masalah berlarutan, sila berikan butiran di bawah untuk semakan lanjut:
- Senarai laman web yang terjejas.
- Jalankan Ujian Kelajuan menggunakan LAN (kabel) dan sambungan Wi-Fi - Sila klik di sini untuk garis panduan Ujian Kelajuan.
- Jalankan Ujian Traceroute - Sila klik di sini untuk garis panduan Ujian Traceroute.
- Jalankan Ujian Ping - Sila klik di sini untuk garis panduan Ujian Ping.
Setelah anda mengumpulkan semua keputusan, hantarkan semua melalui Borang Maklum Balas di bawah.
Maklumat Pantas
Ujian kelajuan ialah perkhidmatan yang memberikan analisis percuma bagi parameter capaian Internet, seperti kadar data sambungan.
Ujian Ping menunjukkan tempoh yang diperlukan untuk paket sampai kepada hos.
Ujian Traceroute mengesan laluan paket ke hos destinasi daripada server kami.