Selepas memuat turun aplikasi, apa yang perlu saya buat?
Langkah 1: Lancarkan aplikasi pada TV Pintar anda.
Langkah 2: Anda akan dapat melihat skrin selamat datang dengan kod QR dan URL.
Langkah 3: Imbas kod QR atau pergi ke astro.com.my/tvapp pada telefon mudah alih anda dan masukkan kod unik anda (cth. FSJV-SMBS) dipaparkan pada skrin TV
Langkah 4: Pada halaman log masuk, anda perlu log masuk dengan ID Astro anda (e-mel atau nombor telefon mudah alih berdaftar) dan kata laluan.
(Jika anda tidak mempunyai ID Astro, klik pada "Cipta sekarang"
untuk mendaftar dan membuat pautan ke akaun Astro anda – periksa perkara berikut pada langkah-langkah)
Langkah 5: Sebaik sahaja anda berjaya log masuk pada telefon mudah alih anda, aplikasi Astro akan dilancarkan pada skrin TV Pintar anda. Anda boleh terus menyemak imbas dan menonton rancangan kegemaran anda pada TV Pintar.