Apakah proses penamatan akaun Astro?
Berikut adalah proses untuk penamatan akaun Astro:
- Pemegang akaun perlu memberi notis 30 hari untuk penamatan akaun.
- Penamatan akaun akan dijadualkan 1 (satu) hari sebelum tarikh kitaran bil pelanggan.
- Proses pengambilan semula Ultra/Ulti box dan Peralatan Jalur Lebar akan dilakukan selepas penamatan akaun.
Nota: Anda perlu menjelaskan baki tertunggak dan penalti (jika ada).
Pengambilan semula Ultra/Ulti box:
- Semenanjung Malaysia kecuali Malaysia Timur, Tioman, Labuan dan Langkawi – Pihak kurier akan menghubungi pelanggan bagi proses pengambilan semula Astro box.
- Bagi Malaysia Timur, Tioman, Labuan dan Langkawi – Jurupasang akan menghubungi pelanggan bagi proses pengambilan semula Astro box.
- Selain daripada Ultra/Ulti box, rujuk di sini untuk maklumat kitar semula.
Pengambilan semula Peralatan Jalur Lebar:
- Jurupasang akan melakukan pengambilan semula peralatan.