Skip to main content

Perkhidmatan Jalur Lebar Tergendala

Lihat video atau ikut langkah-langkah dibawah untuk membaiki perkhidmatan jalur lebar tergendala - Astro Fibre

Ada masalah sambungan WiFi internet? Jom Brader Astro bantu.


Anda perlu mengenal pasti jenis modem anda dengan melihat pada status lampu modem sebelum melakukan penyelesaian masalah.

Jenis-jenis modem adalah seperti di bawah:


STATUS LAMPU MODEM 1



STATUS LAMPU MODEM 2



STATUS LAMPU MODEM 3



BANTUAN ASAS TECHNICAL 1

1. Sila tutup suis modem dan router. (Ini adalah untuk memuatkan semula prestasi modem dan router anda).

2. Pastikan sambungan kabel fiber dari soket internet di dinding rumah anda ke modem adalah ketat.



3. Sila pastikan juga kabel LAN disambungkan dengan ketat dari router ke peranti anda (Astro Box/Komputer riba dll).


Sambungan di Modem



Sambungan di router


4. Hidupkan suis modem dan router, tunggu selama 2 minit untuk menstabilkan peranti. Semak jika perkhidmatan internet anda sudah dipulihkan.

5. Jika isu berterusan, sila dapatkan bantuan lanjut dari ejen kami dan lampirkan gambar status lampu modem.


BANTUAN ASAS TECHNICAL 2

1. Sila tutup suis modem dan router.
(Ini adalah untuk memuatkan semula prestasi modem dan router anda).

2. Pastikan sambungan kabel fiber dari soket internet di dinding rumah anda ke modem adalah ketat.



3. Sila pastikan kedua-dua kabel LAN pada Modem (Port LAN 2) dan Router (Port 1) disambungkan dengan betul.


Sambungan di Modem



Sambungan di router


4. Hidupkan suis modem dan router, tunggu selama 2 minit untuk menstabilkan peranti. Semak jika perkhidmatan internet anda sudah dipulihkan.

5. Jika isu berterusan, sila dapatkan bantuan lanjut dari ejen kami dan lampirkan gambar indikasi lampu modem.



BANTUAN ASAS TECHNICAL 3

1. Sila pastikan plug modem dan router anda disambungkan ke soket dengan ketat.


2. Sebagai alternatif, cuba sambungkan plug ke soket yang lain. Langkah ini adalah untuk menyemak kemungkinan soket rosak yang boleh menyebabkan isu tersebut berlaku.

3. Jika isu berterusan, sila dapatkan bantuan lanjut dari ejen kami.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: