Pelayaran perlahan di beberapa laman sesawang - Astro Fibre
Anda perlu menjalankan beberapa ujian bagi membolehkan kami memahami isu anda dan membantu dalam menyelesaikan masalah ini.
Ini akan mengambil masa tidak melebihi 15 minit.
- Sila jalankan setiap ujian menggunakan komputer riba atau komputer peribadi dengan menyambungkan kepada Astro Fibre anda.
- Sila senaraikan laman web yang terjejas (Sediakan URL penuh cth. www.astro.com.my).
- Anda perlu menjalankan ujian di bawah dan menyediakan gambar atau tangkapan skrin keputusan ujian anda ke dalam SATU fail (misalnya dokumen Microsoft Word, fail PDF) dan hantarkan kepada kami agar kami dapat memberi bantuan lanjut:
- Jalankan Ujian Ping & Traceroute - Untuk panduan, sila klik di sini untuk garis panduan Ujian Ping & Traceroute.
- Anda boleh menyambung kepada WiFi atau kabel LAN untuk menjalankan ujian ini. Keputusan ujian anda akan muncul seperti skrin di bawah dan sila ambil tangkapan skrin.
Keputusan Ujian Ping
Keputusan Ujian Traceroute
- Jalankan Ujian Kelajuan - Untuk panduan, sila klik di sini untuk garis panduan Ujian Kelajuan.
Anda perlu menjalankan Ujian Kelajuan menggunakan kedua-dua sambungan Wi-Fi dan kabel LAN.
Keputusan Ujian Kelajuan
4. Setelah mengumpul semua keputusan ujian, lampirkannya dalam Borang Maklum Balasuntuk bantuan lanjut.
Maklumat Pantas
Ujian Kelajuan ialah perkhidmatan yang menyediakan analisis percuma bagi parameter capaian Internet, seperti kadar data sambungan.
Ujian Ping menunjukkan tempoh yang diperlukan untuk paket sampai kepada hos.
Ujian Traceroute mengesan laluan paket ke hos destinasi daripada server kami.