Skip to main content

Bagaimana cara untuk pautkan akaun Netflix saya pada Ultra/Ulti Box saya?

Untuk pelanggan dengan Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3 dan Platinum Pack

  1. Lancarkan Netflix daripada skrin halaman utama atau melalui alat kawalan jauh.
  2. Klik 'Get Started'.
  3. Jika anda seorang pelanggan Netflix sedia ada, sila isikan alamat e-mel dan kata laluan yang dikaitkan dengan akaun Netflix anda. Setelah selesai, semua tetapan sedia ada dan sejarah tontonan akaun Netflix anda akan dipindahkan. Jika anda seorang pelanggan Netflix baharu, cipta akaun baharu dengan mengisi alamat e-mel anda dan kata laluan untuk akaun Netflix baharu anda.
  4. Pada skrin berikutnya, pakej Netflix "Standard" secara amnya akan dipaparkan. Anda boleh pilih untuk menaik taraf kepada "Premium" di sini.
  5. Skrin terakhir menunjukkan ringkasan akaun anda termasuk e-mel anda. Klik Mula Tonton (start watching) untuk menikmati Netflix pada Ultra/Ulti Box anda.

Untuk pelanggan bukan Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3, dan Platinum Pack (Pelanggan Netflix baharu)

  1. Lancarkan Netflix daripada skrin halaman utama atau melalui alat kawalan jauh.
  2. Klik 'Join Now'
  3. Cipta akaun baharu dengan mengisi alamat e-mel anda dan kata laluan untuk akaun Netflix anda.
  4. Skrin terakhir menunjukkan ringkasan akaun anda termasuk e-mel anda. Klik Mula Tonton (start watching) untuk menikmati Netflix pada Ultra/Ulti Box anda.

Nota: Pelan Netflix secara amnya akan ditetapkan kepada Premium, anda boleh memilih 'Tukar Pelan' untuk memilih plan 'Standard'.

Untuk pelanggan bukan Entertainment Plus Pack, Premium 2, Premium 3, and Platinum Pack (Pelanggan Netflix sedia ada)

  1. Lancarkan Netflix daripada skrin halaman utama atau melalui alat kawalan jauh.
  2. Klik 'Sign In'.
  3. Jika anda seorang pelanggan Netflix sedia ada, sila isikan alamat e-mel dan kata laluan yang dikaitkan dengan akaun Netflix anda.
  4. Anda boleh mula menonton Netflix pada Ultra/Ulti Box anda setelah anda log masuk.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: