Apakah cara untuk sahkan Astro ID saya?
Anda perlu mengesahkan akaun sekali sahaja apabila mendaftar Astro ID atau apabila menetapkan semula kata laluan. Proses ini boleh dilakukan sama ada di laman web My Astro atau aplikasi My Astro. Langkah-langkahnya mudah seperti tertera dibawah:
Langkah 1: Log masuk menggunakan alamat e-mel atau nombor mudah alih dan kata laluan anda
Langkah 2: Masukkan kod pengesahan yang dihantar ke e-mel atau nombor mudah alih berdaftar anda
Langkah 3: Masukkan semula kata laluan anda untuk mengesahkan Astro ID
Langkah 4: Pengesahan selesai! Anda kini boleh log masuk ke akaun Astro anda dan mengakses aplikasi seperti Astro GO dan My Astro