Saya dah mendaftar untuk dua (2) atau lebih langganan Astro utama digabungkan dengan Netflix. Adakah saya layak untuk lebih daripada satu langganan Netflix?
Ya. Anda layak mendapatkan akaun Netflix berasingan untuk setiap langganan utama Astro cth. Jika anda melanggan kepada Entertainment Plus, Pek Platinum dsb. secara berasingan. Oleh yang demikian, jika anda mempunyai lebih daripada satu langganan utama Astro dengan Netflix, anda boleh memilih untuk membuat lebih dari satu alamat e-mel untuk mengaktifkan setiap langganan Netflix masing-masing. Sila ikuti langkah-langkah yang diberikan kepada anda melalui e-mel/SMS untuk mengaktifkan langganan Netflix anda di laman web.