Saya pelanggan Pek TV Astro. Sekiranya saya menaik taraf pakej kepada Astro Broadband Bundle/Astro Fibre Bundle, adakah saya akan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%?
Ya, berkuat kuasa pada tarikh bil 9hb Jul 2024 dan seterusnya, pelanggan yang menaik taraf pakej mereka daripada Pek TV Astro kepada Astro Broadband Bundle/Astro Fibre Bundle akan dikenakan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6%. Sebarang caj pelarasan atau prorata yang ditanggung sebelum naik taraf akan dikira berdasarkan Cukai Perkhidmatan 6% dalam bil seterusnya, selaras dengan peningkatan pakej terkini.