Saya mendaftar untuk pek Entertainment Plus yang mengandungi Netflix. Bagaimana cara untuk mengaktifkan akaun Netflix saya?
Anda akan menerima e-mel atau SMS dengan butiran pengaktifan anda, sila klik link yang disediakan untuk dibawa ke laman web Netflix untuk mengaktifkan akaun anda. Anda juga boleh mengaktifkan Netflix pada Ultra/Ulti Box anda. Sila layari CH741 pada Ultra/Ulti Box (atau klik butang Netflix di alat kawalan jauh Astro) dan ikuti arahan di skrin.