Maxis - KAON Router
1. Sila gunakan kabel LAN dan sambungkan komputer/komputer riba anda ke bahagian belakang Router Maxis.
2. Anda boleh membuka mana-mana pelayar sesawang seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
3. Pada bar alamat, taipkan http://192.168.1.254 dan halaman di bawah akan terpapar.
The default login of the router as below. If you have done a configuration on your router and changed your password previously, please use the password you have Butiran log masuk untuk router adalah seperti di bawah. Jika anda telah melakukan konfigurasi pada router anda dan menukar Kata laluan (password) sebelumnya, sila gunakan Kata laluan (password) yang ditetapkan sebelumnya.
Nama pengguna (username) : administrator
Kata laluan (password): Nombor Siri Router (Boleh didapati pada pelekat di belakang router)
4. Setelah log masuk, halaman persediaan router berasaskan web akan muncul.
5. Di bahagian sebelah kiri, klik WIRELESS untuk mengakses skrin di bawah.
6. Anda boleh membuat perubahan pada pilihan saluran pada Advanced Setup.
7. Untuk menukar saluran pada 2.4 GHz dan 5 GHz, klik anak panah lungsur untuk Saluran, kemudian pilih saluran yang anda inginkan.
Kemudian, klik "Mohon" (Apply) untuk perubahan berlaku.
8. Paparan amaran akan keluar, kemudian tekan OK untuk perubahan.
9. Sila tunggu sehingga isyarat WIFI kembali semula.