Astro Fibre - Skyworth RG21
Lihat video atau ikut langkah-langkah dibawah untuk baik pulih sambungan WiFi
Tak dapat connect WiFi atau internet langsung? Takpe, Brader Astro boleh bantu.
Skyworth RG21
- 1. Sila sambungkan komputer atau komputer riba anda kepada router Astro Fibre menggunakan kabel LAN. Kabel LAN anda mesti disambungkan daripada port kuning router Astro Fibre (Mana-mana port yang tersedia).
- 2.Setelah disambungkan, buka laman sesawang seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
- 3. Pada bar alamat, taip http://192.168.100.254 dan halaman di bawah akan muncul.
Log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda jika anda telah menukar tetapan log masuk penghala. Jika tidak, log masuk router anda adalah seperti di bawah.
Nama pengguna (Username): user
Kata laluan (Password): user
4. Setelah anda berjaya log masuk, halaman tetapan router berasaskan web akan muncul.
5. Di bahagian atas halaman, klik “WLAN” untuk mengkonfigurasi parameter WiFi.
6. Untuk membuat penukaran saluran 2.4G, klik anak panah senarai saluran dan pilih saliran yang diingini.
7. Kemudian, klik "Save & Apply" untuk perubahan berlaku.
8. Anda boleh membuat perubahan yang sama pada untuk 5G dengan klik anak panah senarai saluran dan pilih saluran yang diingini.
9. Kemudian, klik "Save & Apply" untuk perubahan berlaku.