Mengapakah saya perlu membuat bayaran pendahuluan sebulan apabila saya mendaftar untuk pek Astro TV?
Mulai 21 Jun 2022, semua pendaftaran digital baharu untuk pek TV di astro.com.my kini akan menyertakan akses kepada apl Astro GO dalam masa sejam selepas pembayaran yuran langganan bulan pertama anda (tidak termasuk cukai). Pasang apl pada telefon pintar, tablet atau komputer anda dan anda boleh mula menstrim walaupun sebelum kotak Astro anda tiba!