Adakah Astro akan menghantar pautan URL pembayaran melalui WhatsApp?
Ya, kami mungkin menghantar peringatan pembayaran ke nombor WhatsApp anda termasuk pautan ke laman pembayaran, https://quickpay.astro.com.my/xxxxxx. Hanya klik pautan pembayaran apabila anda pasti mesej tersebut dihantar melalui nombor WhatsApp rasmi Astro, 03-9543 3838 dan apabila pautan yang dikongsi bebas daripada sebarang kesalahan ejaan.
Jika penghantar atau pautan kelihatan mencurigakan, jangan klik atau kongsi maklumat peribadi atau perbankan. Laporkan sebarang penipuan yang disyaki ke Borang Maklum Balas.