Saya menghadapi masalah untuk melindungi Astro ID saya / memautkan Astro ID saya ke akaun Astro. Apakah yang saya patut buat?
Sila pastikan bahawa:
- Anda telah memasukkan maklumat pemegang akaun yang betul semasa memaut, iaitu: nombor KP, nombor pasport, nombor akaun Astro atau nombor Kad pintar.
- Anda sedang memaut ke akaun Astro (pelanggan NJOI tidak akan dapat log masuk ke Astro GO).
- Akaun Astro anda tidak dipautkan kepada mana-mana Astro ID lain pada masa ini. Jika akaun Astro anda dipautkan ke Astro ID yang lain pada masa ini, anda akan melihat notis merah.
Untuk menyemak Astro ID yang dipautkan ke akaun anda, anda boleh menggunakan borang maklum balas. Sila pilih jenis maklum balas "Saya ada pertanyaan/isu dengan Aplikasi" dan "Astro GO" untuk mengisi borang.