Saya tidak menerima e-mel pemulihan atau kod pengesahan untuk menetapkan semula kata laluan Astro ID saya. Apakah yang saya patut buat?
Jika anda tidak menerima e-mel pemulihan atau kod pengesahan, sila pastikan:
- Anda memasukkan e-mel atau nombor telefon bimbit yang anda gunakan untuk mendaftar Astro ID.
- Semak peti emel "junk " atau folder spam anda.
Untuk mengesahkan e-mel atau nombor telefon yang anda telah gunakan untuk mendaftarkan Astro ID anda, anda boleh menggunakan borang maklum balas. Sila pilih jenis maklum balas "Saya ada pertanyaan/isu dengan Aplikasi" dan "Astro GO" untuk mengisi borang.
Kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam untuk membantu dengan pertanyaan anda.