Tidak dapat memainkan Video (HDCP Gagal) - Box berdefinisi tinggi (HD)
Jika Astro box anda memaparkan mesej ralat di skrin TV yang menyatakan:
"Kegagalan sistem perlindungan salinan HDCP. Sila memastikan bahawa TV & kabel HDMI anda telah serasi dengan HDCP. (60)"
Kod ralat: 60
Anda boleh meneruskan dengan langkah asas kerja teknikal berikut:
LANGKAH 1
Matikan suis decoder anda dan pastikan lampu adapter tidak lagi menyala.
LANGKAH 2
Tanggalkan kabel HDMI dari TV anda dan pasangkan semula ke port HDMI yang lain sekiranya ada.
LANGKAH 3
Sila hidupkan semula suis decoder dan pastikan lampu adapter menyala.
Tunggu sehingga 5 minit.
LANGKAH 4
Hidupkan decoder dan pastikan anda memilih input TV yang betul.
Anda sepatutnya tidak lagi mengalami masalah ini.