Sila pastikan Kad Pintar Astro anda dimasukkan sepenuhnya (S1) - Box berdefinisi tinggi (HD)
LANGKAH 1: Matikan Kuasa Dekoder
Tutup dekoder anda. Pastikan lampu adapter terpadam.
LANGKAH 2: Keluarkan Kad Pintar
Kenal pasti lokasi Kad Pintar di bahagian depan atau kanan dan keluarkan secara perlahan.
LANGKAH 3: Bersihkan Kad Pintar
Bersihkan cip emas pada Kad Pintar dengan kain yang kering dan lembut.
LANGKAH 4: Masukkan Semula Kad Pintar
Pastikan cip emas menghadap ke atas. Masukkan Kad Pintar sepenuhnya ke dalam slot sehingga ia terpasang dengan kemas
LANGKAH 5: Hidupkan Semula Kuasa Dekoder
Hidupkan dekoder anda pada soket dan pastikan lampu adapter menyala. Sila tunggu 5 minit.
LANGKAH 6: Hidupkan Dekoder
Hidupkan dekoder anda dan semak sekiranya isu telah selesai.
Jika isu berterusan, sila laporkan isu ini melalui Borang Maklum Balaskami dan lampirkan gambar nombor kad pintar anda untuk bantuan atau hubungi kami melalui WhatsApp di 03-95433838.