Allo - Router Tplink
- Sila sediakan komputer/komputer riba untuk mengakses Internet dan sambungan mestilah melalui LAN (kabel) [Sambungkan LAN (kabel) ke port kuning pada Router Maxis dan ke komputer/komputer riba].
- Anda boleh buka pelayar sesawang seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
- Pada bar alamat, sila pergi ke http://192.168.0.1 atau www.tplinkwifi.net dan halaman di bawah akan muncul.
Butiran log masuk untuk router boleh didapati pada pelekat di bahagian belakang router. Jika anda telah menetapkan konfigurasi pada router anda sebelum ini, kata laluannya mungkin berbeza.
4. Setelah log masuk, halaman persediaan router berasaskan web akan muncul. Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk konfigurasi.
5. Dari menu atas, pilih Basic kemudian klik tab Wireless pada menu di sebelah kiri di untuk mengakses skrin di bawah ini.
6. Router ini adalah dwijalur (dual band), jadi anda akan mempunyai 2 Nama Rangkaian Wireless (SSID), iaitu 2.4GHz dan 5GHz. Anda boleh menyambung ke mana-mana SSID, sebaik-baiknya dengan isyarat yang lebih kuat.
7. Anda boleh mengubah Nama Rangkaian Wireless (SSID) dan Kata Laluan mengikut kehendak anda, kemudian klik "Save" supaya perubahan dibuat.
Sila sambungkan semula nama Wireless baharu dengan kata laluan baharu sebaik sahaja selesai.