Skip to main content

Maxis - Huawei Router

1. Sila gunakan kabel LAN dan sambungkan komputer/komputer riba anda ke bahagian belakang Router Maxis.

2. Anda boleh membuka mana-mana pelayar sesawang seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

3. Pada bar alamat, taipkan http://192.168.1.254 dan halaman di bawah akan muncul.

Butiran log masuk untuk router adalah seperti di bawah. Jika anda telah melakukan konfigurasi pada router anda dan menukar Kata laluan (password) sebelumnya, sila gunakan Kata laluan (password) yang ditetapkan sebelumnya.

Nama pengguna (username) : administrator

Kata laluan (password) : Nombor Siri Router (Boleh didapati pada pelekat di belakang router)

4. Setelah log masuk, halaman persediaan router berasaskan web akan muncul.

5. Di bahagian atas halaman, klik Konfigurasi Wi-Fi (Wi-fi Configuration) untuk mengkonfigurasikan parameter Wi-Fi.

6. Anda boleh menukar nama Wi-Fi (Wi-Fi Name) dan Kata laluan Wi-fi (Wi-Fi Password) mengikut pilihan anda, kemudian klik "Simpan" untuk perubahan berlaku.

Sila sambungkan semula nama wayarles (Wireless name) baharu dengan Kata laluan (password) baharu sebaik sahaja selesai.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: