Skip to main content

Astro Fibre - Huawei K562e

Huawei K562e

1. Sila sambungkan komputer atau komputer riba anda kepada router Astro Fibre menggunakan kabel LAN. Kabel LAN anda mesti disambungkan daripada port kuning router Astro Fibre (Port yang tersedia).

2. Sebaik sahaja disambungkan, buka pelayar sesawang seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan sebagainya.

3. Pada bar alamat, taipkan http://192.168.100.254 dan halaman di bawah akan terpapar.

Log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan anda jika anda telah menukar tetapan log masuk router. Jika anda belum menukarnya, log masuk router anda adalah seperti di bawah.

User Name: user

Login Password: user

4. Selepas anda berjaya log masuk, halaman tetapan router berasaskan web akan muncul.

5. Pada bahagian atas halaman, klik Wi-Fi untuk konfigurasi parameter Wi-Fi.

6. Anda boleh menukar Nama Wi-Fi (Wi-Fi Name) dan Kata Laluan Wi-Fi (Wi-Fi Password) mengikut pilihan anda, kemudian klik "Apply".

7. Nama dan kata laluan Wi-fi anda telah ditukar. Sila pastikan anda menyambung semula Wi-Fi anda mengikut nama dan kata laluan Wi-Fi anda yang baharu.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: