Skip to main content

Maxis - Router Technicolor

1. Sila sediakan komputer/komputer riba untuk mengakses internet dan sambungan mestilah melalui LAN (kabel) [Sambungkan LAN (kabel) ke port kuning dalam Router Maxis dan terus ke komputer/komputer riba].

2. Anda boleh membuka mana-mana pelayar sesawang seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

3. Pada bar alamat, taipkan http://192.168.1.254 dan halaman di bawah akan terpapar.

Butiran log masuk untuk router adalah seperti di bawah. Jika anda telah melakukan konfigurasi pada router anda dan menukar Kata laluan (password) sebelumnya, sila gunakan Kata laluan (password) yang ditetapkan sebelumnya.

Nama pengguna (username): administrator

Kata laluan (password): : (KUNCI AKSES PADA PELEKAT RGW)

4. Setelah memasuki halaman ‘’TECHNICOLOR TG784N V3’’, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk maklumat wayarles.

i. Klik "Konfigurasi" (Configure)

ii. Selepas butang konfigurasi diklik, skrin di bawah akan muncul.

A. Ini ialah Kata laluan (password) semasa anda. Sila padamkan dan masukkan Kata laluan (password) baharu.

B. Setelah pemilihan selesai; klik butang "Mohon" (Apply). Router akan dihidupkan semula secara automatik dan sambungan akan dihubungkan semula selepas beberapa minit.

Sila sambungkan semula wayarles anda menggunakan Kata laluan (password) baharu.

Was this helpful?

Thanks for your feedback! Your response will help improve this page.

Try these alternatives: